Morning. Back to work. Aiyah! Ekeke. Da takde cuti da pasni. Aaaaaa.
Ceh. Ye ye je kan? Padahal cuti pun bukan watpe. Heheh. Tu kadang2 aku pikir, cuti pun aku bukannye watpe sangat. Takat rehat2 kat umah, tunggu weekend je la. Kalau weekdays ni, ape yg aku nk buat sangat. Bukannye jenis yg kluar2, shopping2 bagai. Baik aku g keje. Ade jugak mende nk buat.
Ok. Ape nk di celoteh yea. Ha. Dah buat dah blog baru. Tapi sekerat jalan. Baru reserve url. Hehe. Pastu da malas nk pilih2 layout pe sume. Nnt2 ek. Takpe. Sikit2 lama2 jadi blog. Kan? Hehe.
Masuk2 opis, staff aku dok usik org kampung aku la yg dok baring tgh2 jalan tu. Hehe. Ampeh. Tu bukan org Perak la! Org Perak baik2 tau. Itu sume import tu. Tak caye tgk ic derang. Mesti bukan 08 punye! Haha.
Previous post was a hit! Ekeke. Tak sangka traffic tetibe naik sbb tulis pasal tu. (Err, ok2. Shud hv expected la. Hehe). Anyway, just want to make it clear, im not talking bout politics. Its bout the manner. Pasal ape yg diaorang buat kat Sultan n Raja. Tu je yg aku nk highlight. Ideologies, tu terpulang masing2 la. Masing2 ade hak kan nk sokong mane.
Office, nothing much this morning. Cume rindu plak nk tgk Bloomberg. Haha. Kan long weekend. Kat umah takkan nk tgk Blooomberg ngan CNBC plak. Kang bosan plak family aku. Hehe. Kalau aku sorang takpe la. Ni kang, aku ngan ayah je paham. Yang lain sure sambung tido. Hehe.
Anyway, local news takde ape sangat pun (selain issue Perak!). TNB will reduce electricity tariff effective March 1st. Most probably they’ll ask for gas subsidy. Petronas jugak yg kono. Hehe. Sabo la yea wahai tabung Malaysia.
. Ni sbb IPP la ni tanak re-negotiate! (Salahkan IPP plak. Hehe). Sian Tenaga ngan Petronas.
US stimulus package, tak silap aku pagi ni voting kot. Tgk la ape jadi. Our 2nd stimulus package pun still x announce lagi. Tapi baca tak Tun M suggest? Hehe. Cambest gak tu. Instead of only 1% GDP, bagi la 5% (like what others are doing). 5% GDP means RM35bil tau. Tapi pastu hutang mmg banyak giler la. Hehe. Budget deficit pun sendiri mau kira la. Well, sooner or later we still need to pay for it. Aku pun tak la terer sangat bab2 economy nih. So, takleh komen banyak2.
Jap eh. Obama tgh live bout their stimulus package. Mlm ni derang vote. Bukan pagi ni. Silap info tadi.
Ok. Dah.
Jumaat lepas Digi released 4th quarter result. It was not a very good one for them. Although revenue was higher 4.7%, net profit nyer turun 3.7%. Antara yg menarik aku rasa nk share kat sini, DiGi cakap they wont pullback on capex (capital expenditure) for 3G (which will be launch this year). So kite tunggu je la.
Owh. Ade news pasal Maybank.
Maybank: An Binh Bank’s 2008 profit down 70%
Vietnam’s An Binh Bank (ABBank), 15% owned by Maybank, said its 2008 gross profit fell 70%, hit by securities and foreign exchange trading losses. Partly-private ABBank said gross profit slumped to 70.2bn dong or US$4m (US$1 = RM3.61), well below a forecast 465bn dong. For 2009, the lender forecast gross profit would rise to 400bn dong. (Reuters)
Hehe. Suke kutuk2 Ayu kalau ade bad news pasal Maybank. And she’ll keep defending her “beloved” employer confidently. Haha. Sbb minggu lepas dia eksyen ngan aku Maybank ade good news.
Maybank’s BII 2008 Net Profit Up 36%
Maybank’s PT Bank International Indonesia Tbk (BII) reported a 36% rise in its 2008 net profit driven by higher net interest income. The bank’s net profit last year was 480b rupiah (USD41.2m), against 352.8b rupiah a year ago, while net interest income rose 12% to 2.8tr rupiah. Consumer loans grew 36% to 12.1tr rupiah, while commercial loans rose 22% to 13.1tr rupiah last year. The bank’s nonperforming loan ratio was 1.56% at the end of 2008. Source: NST – Business Times
Eh, apsal yg aku dok cite pasal corporate news je banyak kali ni? Ok2. Stop. Korang da boring kan? Tuka topic.
Tv shows, skang tgh giler American Idol. Haha. My fav, Jasmine. Dayyymmnn sedap weh suara dia. Pastu aku suke Adam. Ala, mamat yg ala2 rock tu. Rambut cam My Chemical Romance tu. Suare giler power ah. Haha. So far derang dua la yg aku tgk nk minat pun.
Pastu aku jugak rajin layan program Alif Smart Kids. Kat Astro Oasis. Heheh. Sbb nye suke tgk pengacara die. Haha. Comel!! Petah giler cakap. (Rupenye she’s 15 yr old baru. Aiseh. Nk ngorat pon, skolah tak abis lagi. Haha). Tu Akmal gelak nengok aku layan rancangan budak2 tu. Hehe. Best pe. Citer pasal rukun iman, tertib berdoa, doa terang hati, mcm2. Budak2 tu pon bukan main cerdik lagi. Petah2 sumenye. Arap2 anak2 aku nnt pon cenggitu. Amin.
Cakap pasal anak, kak sushi dah pregnant! Waa. Bestnye. (Recall, ujung taun lpas kan aku ade upload gambo kak sushi kawen kat sini? Ingat tak? Ala, yg cute2 tu. Husband pun ensem je. Alahhh. Yang aku cop anak derang nk buat menantu tu!!). Akak kat UK skang. Abg Izar nyer ade kat sini. Adoi. Siannye. Exp deliver bulan 8. Kepade cik Amal, jgn perasan yea nk ade anak buah same bday! Long nk soh akak teran 7 july. Hehe. Sure cute cam uncle dia. Hehe.
(Perasan2. Ye, sy tau. Haha)
Cakap pasal cute, weekend baru ni mcm biase aku g main basket. Sekali ade amoi cute daa nk main same. Wahaha. Terus semangat nih! Ekeke. Dia plak asek nk guard aku je. Pe lagi. Main ngade2 la. Haha. (Main ngade2 = main suke2 / tak bermain btol2. Kalau bola 50-50 slalu kasi chance kat dia. Tak block, tak rebound, dan tak mcm2 lagi).
Owh, basketball. Ahad ni ade tournament 3 on 3 kat KL Convention Centre. Sure ramai giler ni kaum kerabat ade sana nnt. Nnt jadi la jejak kasih cam last year. Hehe.
Uik. Big boss baik ati arini. Arini lunch pizza. Ngee.
Ape lagi ea. Aha, baru saje di booking jadi pengepit pengapit. Kalau slalu mmg malas je. Tak kose aku nk kipas2 org, nk pegang payung sume. Tapi ni sbb besfren, ku relakan jugak la kulit ni dimamah cahaya mentari. Huu. Siap demand lak tuh! Tak pasal2 aku nk kene beli baju melayu kaler baby blue. Huh!
Ayah sound, takkan nk jadi pengapit pompuan kot? Lerr, of course la pengapit husband nyer. Takkan ler nk dok sebelah Amal. Konfem Naco tolak aku jatuh longkang. Hehe.
Masuk2 opis je, schedule pun lajuuu je nk penuh. Pagi ni je dah ade 2-3 appointment. Gosh! Btl2 balas dendam ni sbb cuti isnin. Huhu. Eh, sok kene g Tengku Budriah. Jupe anak2 saye! Yeay! Mari melukis dan mewarna. Haha.
Ni nak kene attend talk plak ujung bulan ni. Huu. Malasnye! Bukan pasal pe. Pegi jap gi, sure aku bosan je. Huhu. Yang lain sumenye dilahirkan sebelum tahun 1984. Aku jugak la yg muda-remaja. Haha. Dah la sume yg boss2. Sure mati kutu ah. Slalu gitu. Huu. Mane la aku reti nk sembang2 ngan “makcik pakcik” tu sangat. Sikit2 leh la. Grr. Cube yg pegi tu umo baye2 aku, lawo2, konfem aku org first sampai pagi2 sabtu tu.
Last week time semayang jumaat jupe Ujai. Mmg tak penah jupe lpas form 5 tu. Dia kat Petronas skang. (Another orang minyak. Hehe). Dia kat education division. Ish2. Dasat2 la kawan2 aku ni. Tumpang bangga!
Baru lpas lunch. Dok satu table ngan big boss tuh. Erk! Dupdap2 je. Hehe. Nak cover, sengih aa (cam biase). Pastu boss pun ade gak puji2 sket td. Ahem. Kontrol2. Mentenn. Ahaha. Nyway am glad to hv nice bosses around. Tension tu biase la, keje ape yg tak de stress kan? Tapi bile boss pun ok, so slalu gak la terasa diri ni nk take the challenge.
Iklan: Oit kawan2. Meh aa jadi client aku. Huhu. Yang keje kat company besar2 tu, kalau kat asset management lagi bagus. Contact2 ler aku yea! Bg company korang kat aku. Nnt aku blanje la. Hehe. (Baru lepas kene motivate ni nk kene cari client.
).
Tadi Pali singgah office. Mintak photostat ic aku. Haha. Aku main this Sunday! Team Pali n Fadzil. Sure dok lawan gelak je nnt. Hehe. Tau dah mmg takleh menang. Main sbb nk tshirt je. Hehe.
Syera cakap dia dapat bos baru. Bos yg dia suke. Plus dapat Petronas offer. Terasa jeles gak sket2 sbb nnt gaji dia naik. Cess. Hehe. Takleh kalah ni! Mane leh potong aku. Wahaha. (Takla. Gurau je. Jeles tu biase la. Sbb awk nyer jeles kat sy lagi banyak kan? I know, i know. Hehe. Good luck yea! Happy for u dear!)
Aha, ade satu email aku nk share.
TENANG KETIKA GAWAT
Pelbagai kesan dirasai impak kegawatan ekonomi yang berlaku ketika ini. Di Malaysia, sudah 10,000 pekerja hilang pekerjaan sejak 1 Januari 2009 dan dijangkakan dalam tiga bulan pertama dalam tahun ini lebih ramai yang akan diberhentikan kerja. Dilaporkan di USA, seorang pekerja yang baru diberhentikan kerja telah bertindak nekad membunuh isteri dan 5 orang anaknya sebelum membunuh dirinya sendiri!!! Peristiwa yang tragic ini adalah sebahagian fenomena sosial akibat tekanan hidup yang berat kerana kegawatan ekonomi yang sedang berlaku.
Bagi seorang Muslim, kegawatan yang berlaku adalah satu ujian yang ditakdirkan oleh Allah SWT. Muslim yang percaya kepada qada’ dan qadar akan mengharungi segala ujian dengan tabah dan optimis betapa di sebalik ujian dan dugaan ini pasti menyusul kesenangan dan kemanisan. Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT berfirman; Aku berasa kagum terhadap hamba-hambaKu yang beriman….. apabila mereka diuji dengan kesenangan mereka bersyukur dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka dan apabila mereka diuji dengan kesusahan maka mereka bersabar dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka” (riwayat Muslim).
Antara amalan yang patut kita laksanakan dalam keadaan yang gawat ini adalah seperti berikut:
1. Berjimat cermat dan merancang perbelanjaan sebijaknya. Berbelanja hanya pada perkara yang perlu;
2. Banyak berdoa memohon dimurahkan rezeki. Sebahagian ulama juga mengatakan bahawa solat dhuha antara amalan untuk murah rezeki. Tapi janganlah nawaitu untuk solat dhuha “kerana Ringgit Malaysia”.
3. Menjaga hubungan silaturrahim kerana menjaga hubungan silaturrahim adalah antara amalan yang menjadi punca murah rezeki. “Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim” (riwayat al Bukhari dan Muslim);
4. Konsisten dalam bersedekah. Nampak pelikkan, dalam susah pun kena konsisten bersedekah??? Terdapat pelbagai hadith yang sahih yang menjelaskan betapa orang yang banyak bersedekah takkan jatuh miskin dan dilipatgandakan rezekinya. Disebutkan dalam sebuah hadith: “Setiap kali menjelang Subuh, turunlah dua Malaikat ke langit dunia. Salah satu di antara mereka berdoa: “Ya Allah kau gantikan (dengan banyaknya) kepada hambaMu yang banyak memberi (bersedekah)” manakala malaikat yang satu lagi berdoa: “Ya Allah kau hilangkan (dengan banyak) bagi orang yang menahan harta mereka (kedekut)” (riwayat Bukhari dan Muslim). Again, ikhlaskan niat kerana Allah jangan sampai sedekah kita kerana “Ringgit Malaysia”;
5. Sentiasa bersangka baik kepada Allah samada ketika diuji dengan kesenangan atau kepayahan. Jangan terlintas di hati kita perasaan betapa Allah tidak adil dan tidak kasih kepada kita. Yakinlah, apa pun ujian dari Allah pasti ada hikmah yang tersirat. Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya.
Kaylah, dah takde ape nk merepek. Daa.
~It took me the whole day to complete this entry. Tulis kejap, keje masuk. Tulis kejap, meeting. Tulis kejap, g toilet. Hehe.
